Liridon Krasniqi (kiri) dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto JOHOR Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Nama Liridon Krasniqi menjadi semakin panas apabila bakal dipinjamkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke kelab Australia, Newscastle Jets.

Spekulasi itu bermula apabila sebuah akaun Twitter program radio berkaitan bola sepak di Austalia, Soccer Stoppage Time mendakwa pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedang membantu kelab A-League itu meminjamkan dua pemainnya.

Pada ciapan sama, laman Twitter itu menyebut nama pemain itu adalah Liridon dan bintang muda baharu JDT dari Indonesia, Syahiran Abimanyu.

Sebelum ini, Liridon yang juga pemain naturalisasi Harimau Malaya turut didakwa bakal dipinjamkan ke pasukan Kedah musim ini.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dari Tunku Ismail atau JDT sendiri mengenai khabar angin itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast