Pasar Wuhan dikaitkan dengan penularan pandemik Covid-19. foto Agensi

WUHAN – Pasukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah tiba di bandar ini untuk memulakan siasatan pandemik Covid-19 selepas menunggu beberapa bulan rundingan dengan China.

Kumpulan itu terdiri daripada 10 saintis, akan menemubual beberapa individu dari institut penyelidikan, hospitak dan pasar makanan laut yang dikaitkan dengan pandemik itu.

Covid-19 buat pertama kali dikesan di Wuhan pada bulan Disember 2019.

Ketibaan pasukan pada hari Khamis pagi bertepatan dengan lonjakan semula kes koronavirus di utara China, ketika kehidupan di Wuhan kembali normal.

Mereka akan menjalani dua minggu kuarantina sebelum memulakan kajian, yang akan bergantung pada sampel dan bukti yang diberikan oleh China.

Siasatan itu, yang bertujuan untuk menyiasat asal wabak berkenaan yang dikaitkan dengan haiwan.

Awal bulan ini WHO mengatakan penyiasatnya dilarang masuk ke China setelah satu anggota pasukan itu kembali dan yang lain tersekat dalam perjalanan.

Tetapi Beijing mengatakan ia adalah salah faham dan pengaturan untuk siasatan masih dalam perbincangan.

China selama ini mempertahankan wabak itu bukan berasal dari negaranya.

Profesor Dale Fisher, ketua unit wabak dan tindak balas global di WHO, memaklumkan kepada BBC, beliau harap dunia akan menganggap ini sebagai lawatan ilmiah.

“Ini bukan soal politik atau kesalahan, tetapi untuk menjawab persoalan saintis,” katanya yang bercaya virus ini berlaku secara semula jadi.

China melaporkan satu kematian akibat Covid-19 hari ini – kematian pertama dalam tempoh lapan bulan. – MalaysiaGazette