Keadaan bas yang terjunam selepas merempuh penghadang jalan raya.

NEW YORK – Sekurang-kurangnya lapan orang cedera di bandar New York selepas sebuah bas panjang terjunam daripada jambatan bertingkat.

Jabatan Bomba New York berkongsi gambar-gambar kemalangan yang menyaksikan sebuah bas tergantung di atas jambatan di daerah Bronx.

Kepala bas kelihatan jatuh ke bawah dan sebahagian badan kenderaan itu masih di atas jambatan.

Pemandu bas antara mangsa yang cedera dan berada dalam keadaan serius.

Menurut bomba, kecederaan yang dialami penumpang adalah konsisten selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Punca nahas masih belum jelas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast