Pengunjung beratur panjang untuk menaiki feri menuju ke pusat peranginan Pulau Langkawi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh kerajaan pada 10 Jun yang lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Terminal Feri Kuala Perlis, Perlis. foto AFIQ RAZALI, 13 JUN 2020

KUALA LUMPUR – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) , terdapat beberapa perubahan pengoperasian dan jadual feri bagi laluan Langkawi dan Kuala Perlis, Pulau Pangkor, Labuan dan Pelabuhan Kelang ke Pulau Ketam.

Jadual tersebut adalah seperti berikut setakat 15 Januari ini:

i. Laluan Feri Langkawi ke Kuala Perlis (pergi dan balik) dihentikan dalam tempoh PKP ini disebabkan larangan rentas negeri yang dikenakan oleh kerajaan.

ii. Laluan Feri Langkawi – Kuala Kedah dikurangkan kepada 1 trip dalam tempoh PKP berbanding 6 trip sebelum PKP.

iii. Laluan Feri Kuala Kedah – Langkawi dikurangkan kepada 1 trip dalam tempoh PKP berbanding 7 trip sebelum PKP.

iv. Laluan Feri Lumut – P. Pangkor (pergi dan balik) dikurangkan kepada 6 trip dalam tempoh PKP berbanding 12 trip sebelum PKP.

v. Laluan Feri Marina Island – Pulau Pangkor (pergi dan balik) dikurangkan kepada 7 tripdalam tempoh PKP berbanding 13 trip sebelum PKP.

vi. Laluan Feri Labuan – Menumbok (pergi dan balik) dikurangkan kepada 6 trip dalam
tempoh PKP berbanding 8 trip sebelum PKP. vii. Laluan Pelabuhan Kelang – Pulau Ketam dihentikan dalam tempoh PKP ini

Jabatan Laut Malaysia menasihatkan para pengguna untuk melayari laman sesawang feri https://www.langkawiferryline.com/ bagi laluan Kuala Kedah – Langkawi pergi dan balik. – MalaysiaGazette