Tun Salleh Abas

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia jam 3.20 pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 91 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahiriah Kuala Terengganu.

Tun Salleh Abas positif COVID-19

Beliau dimasukkan ke hospital kelmarin selepas disahkan positif Covid-19.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette