Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 651 kluster direkodkan termasuk 10 kluster baharu pada hari ini, kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 359 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bayam Indah, Kluster Tapak Bina Jesselton, dan Kluster Andalas.

Jelas beliau, ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 292 kluster.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Lebuh sebanyak 253 kes, Kluster Jalan Rantau-Siliau (96 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan sebanyak 94 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari.

Berikut ada perinvian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini:

1. KLUSTER JALAN PANDAN INDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula hari ini hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 77 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER DTI SEPANG 2
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari lalu hasil saringan tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal. Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen yang terletak di Jalan Pekeliling 4, Sepang. Sehingga hari ini, sejumlah 238 individu telah disaring, di mana 80 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAMAN IKAN JINAK
Kluster berkaitan majlis hari keluarga ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138292) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari lalu hasil saringan indvidu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis berkenaan yang telah diadakan di Taman Ikan Jinak Melangkap Tiong, Kota Belud. Sehingga hari ini, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN MAWILA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-142805) merupakan anggota tentera di Wisma Pelayaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Jalan Mawila, Kota Kinabalu. Kes telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari lalu hasil saringan sebelum rentas negeri. Sehingga hari ini, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER JALAN PERAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember lalu hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Perak 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Sehingga hari ini, sejumlah 504 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN MENERUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula hari ini hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan di Apartment One Menerung, Jalan Menerung, Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga hari ini, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN YAP
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada hari ini hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru. Sehingga hari ini, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER RANTAU LADA
Kluster ini melibatkan daerah Temerloh dan Maran di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133326) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari lalu hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman keluarga kes indeks iaitu di Kampung Bukit Lada, Temerloh, Pahang. Sehingga hari ini, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER PANTAI PERINGGIT
Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137894) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari lalu hasil saringan indvidu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Solok Pantai Peringgit, Peringgit, Melaka. Sehingga hari ini, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER JALAN MOHAMMED SALLEH
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154823) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari lalu hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana keskes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Institut Latihan Perindustrian Labuan. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – MalaysiaGazette