Temubual bersama Pengurus Hanzaal Spice Garden, Vino Krishnan mengenai rayuan kepada kerajaan supaya dapat melanjutkan waktu operasi dari 8 malam kepada 10 malam di Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Walaupun menyedari kepentingan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang fokusnya untuk memerangi Covid-19, namun pelaksanaanya sedikit sebanyak membebankan rakyat.

Menurut Vino Krishnan, walaupun banyak sektor dibenarkan beroperasi namun prosedur operasi standard (SOP) ketat sedikit sebanyak membimbangkan pemilik perniagaan.

Pengurus Hanzaal Spice Garden itu berkata, syarikatnya yang tidak sampai sebulan beroperasi terkesan dengan pelaksanaan PKP ditambah operasi kedai makan hanya dihadkan sehingga jam 8 malam.

“Kita faham apa yang sedang berlaku, ini pandemik. Tetapi makanan juga satu keperluan. Sekiranya ada sektor-sektor telah dibuka dengan tujuan pemulihan ekonomi, kami juga pohon kelonggaran masa operasi.

“Tidak banyak, cuma panjangkan masa itu antara 10 hingga 11 malam. Bayangkan pelanggan yang baharu sahaja pulang, tidak sempat beli makanan kerana kedai tutup,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Katanya, kos perniagaan yang membabitkan gaji pekerja dan sewa kedai perlu diambil kira dan jika ia ‘sangkut’ nasib pekerja juga akan ‘sangkut’ yang memungkinkan tindakan mengurangkan pekerja diambil.

“Kami sendiri mungkin terpaksa gulung tikar jika ini berterusan. Jika tidak dapat panjangkan tempoh masa, sekurang-kurangnya bantu kami. Mungkin bantu kami dalam isu sewaan bangunan, atau mungkin Air Selangor atau TNB boleh bantu,” ujarnya sambil menambah Hanzaal Spice Garden mempunyai 12 pekerja.

Menurut Vino, rata-rata para peniaga sanggup bekerjasama dengan kerajaan namun pada masa sama kerajaan perlu merancang untuk mewujudkan situasi menang-menang.

Tambah beliau, kerajaan perlu menetap keutamaan negara dengan mengimbangi antara ekonomi dan kesihatan. -MalaysiaGazette

Mohon masa operasi kedai makan dipanjangkan – Ibrahimshah

2 Komen

  1. tak da apa…nanti itu anu war dn kawan2 kasi itu surat kasi itu agong batal semua kasi settle semua

Comments are closed.