Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR –  Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021 kepada enam sektor perniagaan di seluruh negara.
Ia meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan, kata perdana menteri.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) , domestik dan bukan domestik, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9 peratus bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast