Pierre-Emerick Aubameyang.

LONDON – Peledak sensasi Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang kembali mengganas selepas menjarung dua gol ketika Arsenal melonjak dalam kedudukan Liga Perdana dengan kemenangan selesa 3-0 mengatasi Newcastle awal pagi tadi.

Penyerang antarabangsa Gabon yang kemarau gol ini berjaya membantu Gunners ke kedudukan ke-10 liga apabla berdepan pertarungan bagi mengelak penyingkiran kurang sebulan lalu.

Namun 13 mata daripada keseluruhan 15 mengangkat skuad kendalian Mikel Arteta ke kedudukan ke-10 dan hanya tujuh mata daripada empat kedudukan teratas.

Walaupun Aubameyang sudah menggandakan jaringannya musim ini, namun gandingan pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe dan Bukayo Saka mencuri tumpuan apabila Saka turut meledak gol kedua.

Sementara itu, Newcastle kekal di kedudukan penyingkiran selepas sembilan perlawanan tanpa menang walaupun Steve Bruce melakukan lapan perubahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast