Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memberikan alasan mengapa beliau membisu dengan kemelut yang melanda arena politik negara kini.

Dalam entri terbaharu di Facebook, beliau berkata, alasan itu diberikan setelah ramai pihak yang mengutarakan persoalan tersebut kepada dirinya.

Lebih menarik, alasan itu diberikan dalam bentuk puisi.

Ramai orang tertanya tanya..
Mengapa saya membisu seribu bahasa..
Bagi saya, biarlah ribut ni reda..
Saya tak mau menambah duka..
Yang penting parti mesti di perkasa..
PRU 15 kita nak jadi juara..

Sebelum ini, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilihat tidak memberikan respon terhadap politik negara terutama sekali dalam UMNO.

Hari ini UMNO dikaitkan lagi dengan permohonan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan supaya Ahli-ahli Parlimen parti itu menyokong diadakan persidangan khas Parlimen untuk membincangkan isu berkaitan Ordinan Darurat.

Ia secara rasminya ditolak dua pemimpin parti itu iaitu Datuk Seri Azalina Othman Said dan Tan Sri Annuar Musa.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, sekiranya UMNO berpecah akan ada pihak yang bersorak gembira.

Justeru itu, menerusi pantun juga beliau menasihatkan agar partinya mencari kesepakatan semula dalam merintis perjalanan ke Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), kelak.

Susunlah langkah menuju hala..
Pakat pakatlah untuk bertenang seia sekata..
Jangan parti berkecamuk dan bergelora..
PRU 15 mesti jadi Keutamaan kita..
Bila sampai masa pemilihan parti untuk dikota..
Pilihlah nanti pemimpin kesukaan kita..
Ketika itu tepuk dada tanyalah selera..
Jika itu satu2 nya cara..
Untuk tenangkan jiwa yang lara.. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kejatuhan UMNO disebab pemimpin yg rasuah@kleptokrasi.
    Jika UMNO mahu kembali berkuasa.
    1. Pemimpin yg sedang didakwa hendak lah di rehatkan dulu, utk selesaikan kes mereka di mahkamah.
    2. Parasit@kaki kipas dalam UMNO kena keluarkan, seperti anuar musa & Hishamudin .
    3. Menteri yg tak ada rekod kerja di ketepikan, seperti menteri kesihatan.
    Dan UMNO bersama BN kena bertanding kesemua 222 kerusi parlimen.
    Putuskan hubungan dgn parti pengkhianat pbbm & parti penunggang agama se Malaysia.

Comments are closed.