Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Sikap DAP yang cuba mengubah dasar-dasar dalam Perlembagaan menjadi salah satu sebab Pas memutuskan kerjasama dengan parti itu.

Perkara iti didedahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila memberitahu, mereka tidak selesa dengan DAP yang berubah daripada matlamat asal ketika mahu membentuk kerjasama antara kedua-dua parti.

Katanya, walaupun pada dasarnya kedua-dua parti berhasrat mahu mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU), namun DAP dilihat semakin galak apabila turut mencampuri hal-hak berkaitan Islam.

“Pengalaman kami dengan DAP adalah hanya untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya sahaja. Bila sampai nak realisasikan Perlembagaan terdapat percangggahan. Contohnya kita nak tegakkan Islam menghormati agama lain, Perlembagaan menyebut hak orang Islam menegakkan agamanya tanpa ganggu agama lain.

“Bila kita nak laksanakan hukum Islam mereka gelabah dan tak setuju…padahal kita tak ganggu hak dia tapi dia ganggu hak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program bual bicara bertajuk “Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita” anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang dibuat secara maya hari ini.

Program tersebut dikendalikan anggota MPN, Dr Muhammad Asri.

Abdul Hadi seterusnya berkata, perkara lain yang turut tidak disenangi oleh Pas terhadap DAP adalah kemahuan mereka apabila berkeras mahu mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.

Katanya, jika kemahuan DAP itu diturutkan ia sudah pasti akan mengundang bala kepada orang Melayu kerana rata-rata yang tinggal di kawasan bandar adalah kaum Cina.

Katanya, DAP juga turut mencampuri urusan Raja-Raja Melayu dimana institusi beraja merupakan tonggak kepada keseluruhan umat Melayu di negara ini.

Tambahnya, DAP memiliki sikap ‘berlebih-lebih’ apabila turut mengganggu perkara berkaitan bahasa di mana semua masyarakat tahu bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di negara ini.

“Dan lebih melampau lagi bila DAP ini menang pilihan raya sesama bersama Pakatan Harapan. Usaha-usaha mengubah Perlembagaan itu berlaku. Jadi, dengan sebab itu lebih terang dan nyata kita  tidak perlu bekerjasama dengan mereka,” ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Wanita, pembangkang yang menanam benci kepada raja Thailand dalam demonstrasi baru2 ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 43 tahun.

    Diharap pihak berkuasa tempatan dapat segera menangkap dan menghantar seorang ahli DUN sebuah parti rasis chauvinist tempatan yang juga telah secara terang2an menanam benci kepada raja Thailand supaya dapat diadili oleh mahkamah disana!

    Mereka sanggup terbang beribu2 kilometer kenegara jiran semata2 ingin menghapuskan sistem beraja! Diharap pihak berkuasa dikedua2 buah negara dapat bekerjasama dengan segera!

  2. Betul…. dap semenjak berkuasa judi telah dikurangkan dia tambah balik. Sebab nak kan cukai. islam nak buat hudud dia larang hingga sekarang dah hilang entah kemana dah hudud pergi. Sebab itu jangan lah pilih dap ni pilihlah pas yang selalu jaga menteri dan kaki tangan kerajaan. Pas boleh tambah gaji dan elaun menteri boleh tukar kereta buruk dengan mecerdes baru. Dap apa boleh dia buat beli mercedes hanya sebuah saja pas boleh beli sebuah seorang semua eksko negeri.

Comments are closed.