Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,768 pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada enam sektor yang sebelum ini menerima potongan diskaun 15 peratus menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bakal menikmati potongan 10 peratus di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

Bagaimanapun menurut kenyataan TNB, pelanggan yang termasuk dalam enam sektor tetapi tidak termasuk dalam senarai yang diluluskan sebelum ini boleh membuat permohonan dengan mengisi Borang Permohonan Diskaun 10 peratus menerusi https://www.tnb.com.my/assets/files/Discount_Application_Form_KeTSA.pdf.

Borang yang lengkap dengan dokumen sokongan perlu diserahkan kepada TNB sebelum 31 Mac 2021.

Penghantaran boran boleh dibuat menerusi e-mel kepada menerusi TNB Careline di [email protected] atau pelanggan boleh ke Kedai Tenaga berdekatan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir dalam tempoh sebelum ditetapkan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) berkata, enam sektor perniagaan bakal menerima diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac depan.

Enam sektor terbabit adalah pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.-MalaysiaGazette