Ahmad Zahid Hamidi

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Sementara menunggu keputusan, beliau akan menjalani proses kuarantin diri di rumahnya.

“Saya telah menjalani swab test di hospital Avisena Shah Alam pada hari ini jam 11 pagi.

“Buat sementara waktu ini, saya mengkuarantinkan diri di rumah. Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak dijangkiti wabak Covid-19. Insha-Allah,” katanya menerusi Facebooknya.

Semalam, beberapa pemimpin UMNO disahkan positif Covid-19, antaranya, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Manakala pemimpin UMNO yang disahkan negatif ialah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar. – MalaysiaGazette