Penyampai radio Suria FM.

KUALA LUMPUR – Anda sduah lama bercita-cita ingin menjadi penyampai radio di Suria? Inilah masanya kerana stesen radio Suria FM kini mencari mereka yang mempunyai bakat dan berkelayakan untuk menjadi penyampai hujung minggu di Suria FM.

Kepada mereka yang berminat dan berbakat boleh menghantarkan resume dan demo rakaman suara ke [email protected] dan berpeluang untuk ke udara di segmen hujung minggu Suria FM.

Kriteria yang dicari adalah berusia 18 hingga 35 tahun, warganegara Malaysia, mempunyai personaliti menarik, petah bercakap dan kreatif.

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, pihak Suria FM ingin membuka peluang kepada mereka yang berbakat menampilkan bakat sebagai penyampai radio yang kreatif, sekali gus memperdengarkan suara-suara baharu dan unik ke udara di corong radio.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Berdasarkan keputusan kaji selidik tahun lalu, stesen radio Suria FM mencatat peningkatan yang memberangsangkan dalam peratusan jumlah pendengar sebanyak 10.37 peratus dari tahun sebelumnya.

Ini meletakkan kedudukan Suria FM pada kedudukan keempat teratas dalam kalangan stesen radio berbahasa Melayu dan juga secara keseluruhan di antara radio komersial di Malaysia.

Suria Cinta kekal sebagai segmen radio yang mempunyai tempoh masa tertinggi dihabiskan untuk mendengar (TSL) di antara empat stesen radio berbahasa Melayu tertinggi iaitu selama 2 jam 34 minit sepanjang Isnin hingga Jumaat dari pukul 8 malam hingga 1 pagi. – MalaysiaGazete