PETALING JAYA – Seorang ibu yang terdesak nekad mencuri makanan dan plaster untuk diberikan kepada anaknya yang demam.

Laporan polis yang dibuat oleh sebuah pasar raya itu, bagaimanapun tidak diambil tindakan.

Ketua Polis Daerah Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, beliau telah menerima laporan polis daripada pasaraya berkenaan berhubung insiden kecurian membabitkan ibu malang berusia 30-an itu.

Katanya, pengurusan pasar raya itu menangkap ibu kepada tiga orang anak itu selepas mendapati dia mencuri kek, sosej dan plaster kira-kira jam 3 petang semalam.

Bagaimanapun, Nik Ezanee berkata, wanita itu terpaksa mencuri plaster dan makanan untuk diberikan kepada anaknya yang demam.

Nik Ezanee bersama pegawainya membelikan sedikit ubat-ubatan untuk diberikan kepada seorang ibu malang yang dikatakan mencuri kerana anaknya demam dan perlukan ubat dan makanan.

“Ya semalam saya menerima laporan polis itu di daerah saya mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan plaster demam kerana untuk mengubati anaknya yang demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa wanita ini. saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini.

“Kalau lapar kita boleh tahan, kalau anak-anak kita lapar… percayalah..!!!,” katanya.

Nik Ezanee menghulurkan bantuan kepada seornag suri rumah yang ditahan kerana didakwa mencuri kek dan plaster demam untuk anaknya yang sakit.-ihsan POlis PJ

Nik Ezanee yang berkongsi video berdurasi 6 minit 26 saat itu menunjukkan beliau dan anggaotanya melawat ibu berkenaan di sebuah PPR di Petaling Jaya.

”Saya datang di sini nak sampaikan sedikit bantuan, beras dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita beli barang serta ubat-ubatan ‘cool fever untuk anak puan itu,” katanya dalam video tersebut.

Menurut beliau, pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan ini memang mencabar.

“Ramai antara kita selalu mengadu kenapa polis sekat jalan dan sebagainya, kenapa sesak, ramai break the rules,,ingatlah bahawa ada lagi ramai yang susah akibat terkesan akibat Covid-19.

“Kita berkorban demi untuk masa depan, sama-sama kita bantu semua,” katanya. – MalaysiaGazette