ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

KUALA LUMPUR – Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) polis Petaling Jaya dekat sini telah menahan seramai 38 orang kerana didapati bersalah melanggar SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, seramai 303 orang warga tempatan pula telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Sementara itu, dalam operasi yang sama semalam, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap tiga lelaki warga asing yang tidak memakai pelitup muka.

Ketiga-tiga suspek tersebut yang berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun telah di tahan di sebuah restoran di Kelana Jaya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, ketiga-tiga mereka ditahan sekitar jam 3.10 petang.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- MalaysiaGazette