KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) telah menyerahkan tiga nama bagi mewakili pembangkang bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas darurat, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini.

Mereka ialah Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Saifuddin yang mewakili Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Hatta Ramli Parti Amanah Negara dari Parti Amanah Negara dan Anthony dari DAP.

Menurut kenyataan tersebut  penyertaan wakil pembangkang ke dalam Jawatankuasa Bebas ini tidak mengubah pendirian PH bahawa alasan-alasan yang dikemukakan Perdana Menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima.

“Kami serta majoriti Ahli-ahli Parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan Parlimen perlu bersidang segera,” kata kenyataan itu lagi.

Nama-mana itu telah diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, gabungan itu bersetuju untuk menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendali perintah darurat yang sedang dilaksanakan di negara ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Jawatankuasa Khas Bebas itu yang terdiri daripada empat Ahli Parlimen kerajaan dan tiga ahli Parlimen pembangkang tidak sama seperti sidang Parlimen kerana nasihat yang diberikan khusus kepada perkara tertentu sahaja.

Pada 12 Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jawatankuasa Khas Bebas akan ditubuhkan bagi menjamin pelaksanaan darurat adalah secara adil dan telus.

Katanya, jawatankuasa itu juga berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat dan akan dianggotai ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Anwar: Surat rayu batal darurat telah dihantar kepada Agong
    ?????????????
    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyertai Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat.

    INILAH CIRI2 MUNAFIKUN ATAU GILAAA….PENDERHAKA NAK JADI PM
    DASAR MENGENCING P UNAH H ARAPAN diTERUSKAN LAGI…Hasut tolak DARURAT tapi Menempel dlm JK BEBAS DARURAT

Comments are closed.