gambar hiasan

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya lapan orang mati dan beberapa yang lain cedera dalam letupan di India pada malam Khamis lalu.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di sebuah unit penghancuran batu kerikil, di mana terletaknya penyimpanan 50 kotak bahan letupan untuk kerja perlombangan.

“Ini merupakan letupan, bukan gempa,” katanya dalam agensi berita IANS.

Sementara itu, Pemungut Daerah, KB Shivakumar berkata, letupan besar itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam sehingga menyebabkan gegeran ringan di sekitar Shivamongga.

“Bunyi letupan yang begitu kuat menyebabkan orang ramai mula bergegas keluar dari kediaman mereka dan menganggapnya sebagai gempa.

“Terdapat seorang saksi mengatakan letupan yang didengari adalah sangat kuatĀ  sehingga mengakibatkan tingkap pecah dan berlaku retakan pada banyak rumah serta jalan raya,” katanya.

Namun, punca letupan sebenar masih belum dapat diketahui. -MalaysiaGazette