Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen menolak pengisytiharan darurat dan penggantungan sesi Dewan Rakyat.

Beliau mendakwa, seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menolak kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran keputusannya mengisytiharkan darurat tersebut.

Malah katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang membincangkan mengenai perkara itu.

“Yang nyata sekarang dan tidak boleh disangkal adalah jumlah setakat ini yang menolak pandangan Perikatan Nasional melibatkan perkara besar berkenaan darurat dan penggantungan Parlimen ini ditolak oleh majoriti ahli Parlimen.

“Dan sekarang GPS Sarawak sedang membincangkan…saya tidak tahu keputusan tapi kalau ini yang berlaku maknanya yang komited betul untuk mendukung darurat itu mungkin tak sampai 90 ahli Parlimen atau jauh kurang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel jemputan pada program Bicara Negarawan anjuran Majlis Profesor Negara secara maya, hari ini.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi menegaskan bahawa beliau mempunyai cukup sokongan daripada ahli Parlimen untuk meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri,

Katanya, bagaimanapun ketika ini beliau menunggu ihsan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepadanya yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin.

Pada satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Yang Dipertuan Agong pada 13 Oktober dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. mahu percaya lagi DAKWAAN ANWARFIKUN dgn NOMBOR EKOR dan MENGENCING p UNAH h ARAPAN…ANWAR.pm keampunan yang KEMPUNAN yg layak @ PM SG BULUH

  2. Balik2 dok ke takuk lama juga.SD 113 dah kemaruk kuasa jadi PM. Ini baru betul2 jadi teko pembangkang kerjanya nak membangkang…… Aje..! Wahai bangsaku elok2 baik2 bermuafakatle. lihatlah pandanglah tolehlah pejamkan mata lelama fikirlah kita orang Melayu ni terlalu jauh ketinggalan terkebelakang kalau nak dikejur tak terkejur dah tu letaknya di jauh terkebawah sekali sampai dihina sehabishabis hina. Apa masih tak sedarsedar lagi ke? Daripada mula awalawal lagi dah teralu banyak buat silap salah ha sekarang baru tahu tetapi masih lagi buta dah buta mata hati ke? Ingat jangan lupa sampai bila2.

  3. Sejak DEB 30% equity ekonomi kadar minority sangat rendah terhad untuk majority pribumi Melayu lantas merupakan ancaman ekonomi terhadap hak perlembagaan keistimewaan Melayu tetapi takde darurat pun.

  4. dAH TAHU DIA PENIPU DAN PEMBOHONG YANG ENGKAU BIJAK PANDAI BOLEH PERCAYA KENAPA?.
    Dialog dalam 3 Abdul ..benar-benar berlaku.Anwar Ibrahim memang tidak layak sebagai PM sampai kiamat pun tetap tidak layak
    #NoAnwarPM
    #DAP
    #NoPeliwat

  5. 200 MP bantah pun tak dapat mengubah ordinan darurat bang non. Ini pulak nombor petik dari langit…

    Nak petik kes pm uk nasihat Queen untuk diterima pakai di Malaysia. English common law hanya applicable bila takdak law kat Malaysia… Bukan senang Mahkamah nak deliberate on that.

    Bersyukur lah bang non yang kes bonto* dah diampunkan YDPA Sultan Muhammad dari Kelantan. Kalau bang non berani dulu kenapa tak minta judicial review saja untuk kes anda dengan membuat submission yg anda diaiaya oleh bang ajib. Kalau betul anda bukan kaki bonto*Lah

Comments are closed.