Edaran pekeliling mengenai pertukaran Hakim Mohd Nazlan dari mahkamah jenayah ke mahkamah sivil.

KUALA LUMPUR – Satu surat pekeliling memaklumkan pertukaran Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dari mahkamah jenayah ke mahkamah sivil berlegar di media sosial sejak semalam.

Tertera pada pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam itu memaklumkan bahawa Ketua Hakim Malaya, Azahar Mohamed mengarahkan pemindahan Mohd Nazlan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2).

Dalam pekeliling oleh Setiausaha Majlis Peguam Malaysia, AG Kalidas itu menyebut arahan tersebut berkuatkuasa 1 Mac 2021.

Hakim Nazlan adalah hakim yang membicarakan kes rasuah SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada 28 Julai tahun lalu, beliau menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Najib bagi kesemua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa dan bagi kesalahan pecah amanah pula, penjara 10 tahun setiap satu tuduhan.

Perlantikan Mohd Nazlan bagi mengendalikan kes Najib menimbulkan kontroversi kerana beliau dikatakan tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes-kes jenayah dan baru dilantik ke Mahkamah Tinggi Sivil selama satu tahun setengah.

Kes Najib sepatutnya dibicarakan di hadapan Hakim Mohd Sofian Abd Razak pada 4 Julai 2018 tetapi tempat beliau digantikan oleh Mohd Nazlan.

Selain kes Najib, Mohd Nazlan juga mengendalikan kes penyitaan dana UMNO serta beberapa kes lain termasuk kes Tan Sri Mohd Isa Samad dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Semoga berbahagialah hidup selepas apa yg dibuat kepada Dato Seri Najib Tun Razak..semoga Allah membalas segala jasa2 yg diberi..Aamiin

  2. Nampak sangat lah…. rakyat bukannya bodoh… zaman sekarang tak mcm dulu… semua info di hujung jari aja…

  3. Job done..dia ni pun dilantik oleh Richard Malanjun seminggu selepas Malanjun jd Ketua Hakim….buat malu Malaysia jer..

Comments are closed.