Arsenal tumpas 0-1 kepada Southampton pada pusingan keempat awal pagi tadi.

LONDON – Juara bertahan, Arsenal terpaksa mengucap selamat tinggal apabila ditunjukkan jalan keluar daripada Piala FA selepas tumpas 0-1 kepada Southampton pada pusingan keempat awal pagi tadi.

Malah pelawat dikecewakan oleh jaringan sendiri pemain pertahanan Arsenal, Gabriel  pada minit ke-24 mengesahkan kemenangan The Saints di Stadium St. Mary’s.

Dalam perlawanan itu, Mikel Arteta merehatkan bintang penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang dan Emile Smith Rowe manakala Bukayo Saka hanya dibawa masuk pada babak kedua.

Southampton selepas ini pada pusingan kelima adalah satu lagi kelab Liga Perdana, Wolverhampton yang menang tipis 1-0 ke atas kelab liga bawahan Chorley. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast