Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional secara dalam talian hari ini.-Gambar FB Muhyiddin.

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran kerajaan.

Ia juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin petang tadi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden kerajaan PN secara atas talian dan ia dihadiri kesemua 12 presiden parti termasuk dirinya mewakili Bersatu dan Presiden PN.

Selain itu, ia juga dihadiri presiden UMNO, Pas, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili timbalan presidennya.

“Saya bersyukur bahawa mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang dua jam dalam suasana akrab dan muhibah telah menyambut baik taklimat mengenai Proklamasi Darurat dari Menteri di Jabatan Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Menurut Muhyiddin, kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari 2021. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast