broken system Malaysia pandemic crises management crisis Jaringan Profesional Malaysia

KUALA LUMPUR – Seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih komited dan tidak putus asa untuk menghadapi Covid-19 yang sudah memasuki gelombang ketiga dan genap setahun memerangi pandemik yang sama.

Hari ini kes di Malaysia sudah mencapai 183,801 kes keseluruhan dengan sejumlah 678 orang telah meninggal dunia.

Daripada jumlah kes jangkitan, seramai 141,446 (77%) orang telah sembuh daripada virus ini.

KKM dalam kenyataannya berkata, kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertinggi dan juga barisan hadapan yang sedang berjuang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan klinik seluruh negara sekarang ini.

”Doakan agar semua barisan hadapan KKM diberikan kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini,” kata KKM sempena genap setahun KKM dan barisan hadapan menghadapi pandemik ini.

Kes pertama ini membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

Mereka yang terlibat dalam tiga kes pertama positif Covid-19 di Malaysia itu adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya yang berasal dari Wuhan, China, yang direkodkan sebagai dua kes pertama positif virus itu di Singapura.

Mereka kemudiannya dirawat di Hospital Sungai Buloh.

KKM berkata, pasukan Covid-19 Hospital Sungai Buloh, Selangor mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020.

Begitu juga beberapa anugerah lain yang KKM terima dalam menguruskan Covid-19.

Katanya, kejayaan ini menunjukkan KKM telah berada di landasan tepat dalam melawan Covid-19 ini dan berjaya menanggani gelombang pertama dan kedua virus ini pada tahun lepas.

”Kini semua rakyat Malaysia berdepan dengan gelombang ketiga Covid-19 sejak penghujung September, tahun lepas.

”Doakan agar semua barisan hadapan KKM diberikan kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini,” kata KKM sempena genap setahun KKM dan barisan hadapan menghadapi pandemik ini.

Tambah KKM, fokusnya kini adalah melihat kepada strategi dalam menangani Covid-19 dan memperkukuhkan 213 Pusat Penilaian Covid-19, CAC di seluruh negara.

”Salam takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat virus Covid-19 ini. Semoga Tuhan terus melindungi negara tercinta kita ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette