Jurgen Klopp (kiri) dan Bruno Fernandes.

LONDON – Bintang sensasi, Bruno Fernandes terus menjadi wira apabila membantu kemenangan 3-2 Manchester United ke atas Liverpool pada pusingan keempat Piala FA Inggeris, awal pagi tadi.

Sepakan percuma Fernandes itu hadir ketika perlawanan permainan berbaki 12 minit di Old Trafford sekali gus menyingkirkan Liverpool daripada saingan.

Anak buah Jurgen Klopp itu bermula garang apabila mendahului permainan menerusi Mohamed Salah di babak pertama namun Mason Greenwood menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Marcus Rashford meletakkan tuan rumah United di depan apabila perlawanan bersambung walaupun Salah kembali menyamakan kedudukan.

Fernandes yang masuk sebagai pemain gantian menewaskan penjaga gol Liverpool Alisson Becker menerusi sepakan percuma yang menarik.

Selepas tergelincir ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris susulan kekalahan 1-0 di tangan Burnley iaitu kekalahan liga pertama di Anfield sejak tahun 2017, Liverpool terus buntu dalam mencari rentak kemenangan. – MalaysiaGazette