Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO serta Barisan Nasional (BN) semua peringkat mahu parti kembali gagah seperti sebelum ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah yakin ia dapat melakukannya dengan syarat semuanya mesti bersepakat, menjaga perpaduan dan menumpukan usaha memperkukuhkan parti.

Semua juga perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dengan memberi tumpuan membela dan menjaga kepentingan rakyat, katanya.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi BN menjelaskan, sebagai pemimpin, mereka perlu mendekatkan diri dengan rakyat.

“Bila kita mendekati rakyat. Rakyat rapat dengan kita. Ini mesti dilakukan di semua peringkat. Berbeza pandangan boleh. Keterbukaan memang amalan parti namun tiada maknanya keterbukaan jika merosakkan parti.

“Oleh itu, kebebasan bercakap tidak bermaksud kita boleh berkata apa sahaja hingga memberi kesan negatif kepada parti,” katanya yang dipetik menerusi Facebooknya hari ini.

Menurut Dr. Shamsul Anuar, paling penting ialah semua peringkat dalam parti bagi memastikan apa sahaja yang dilakukan itu menguntung dan memberikan kebaikan pada UMNO serta BN. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Nak bersatu macam mana Dato’ jika presiden parti buat UMNO macam harta bapak dia. Presiden parti menjadi pengkhianat kepada ahli dan parti, kemudian pemimpin UMNO mengajak ahli bersatu untuk menjayakan parti. Presiden mestilah seorang yang dihormati oleh keseluruhan ahli dan ahli akan memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Masih ingatkah UMNO di era Mahathir, semua rakyat berdiri kukuh dibelakang presiden, tidak ada musuh yang berani mencabar UMNO. Tapi sekarang, presiden parti nak bawa UMNO bersekongkol dengan musuh parti dan memberikan ketaatan kepada musuh musuh UMNO. Zahid letak jawatan, UMNO akan kembali kukuh.

Comments are closed.