Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, bukankah lebih elok jika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seketat-ketatnya kepada sektor pembinaan dan kilang-kilang untuk tempoh dua hingga empat minggu untuk memberi kesan paling maksimum terhadap penularan Covid-19.

Dengan kaedah itu, rakyat tidak perlu menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berterusan serta risiko PKP 3.0 pada bulan-bulan mendatang.

Persoalan itu dilontarkan selepas Kementerian Kesihatan memaklumkan PKP yang akan berakhir pada 4 Februari nanti tidak akan disambung semula.

Sebaliknya, selepas PKP berakhir, kerajaan akan melaksanakan PKPB pula.

Bekas perdana menteri itu bertanya, kenapa kerajaan perlu mengulang tindakan yang telah gagal sedangkan kerajaan hanya menyasar 70 peratus penduduk Malaysia akan menerima vaksin pada akhir tahun 2021.

”Adakah banyak lagi sektor-sektor selain sektor pembinaan dan pembuatan seperti pelancongan, pendidikan swasta, pengangkutan swasta (seperti bas sekolah), sukan, ekspo, runcit dan sebaingya yang melibatkan jutaan rakyat tidak akan terkesan jika PKPB dilaksanakan secara berpanjangan.

”Adakah paras kes baru 3,000 sehari satu angka yang boleh diterima atau disenangi rakyat?,” soalnya lagi.

Tegasnya, bukankah pengorbanan untuk seketika adalah jauh lebih baik berbanding mudarat yang berpanjangan.

”Orang putih kata “Short term pain, long-term gain,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast