Pasukan tentera Malian@Mali sedang meronda kota kuno Djenne pada 28 Februari 2020. foto agensi

BAMAKO – Seramai 100 pemberontak terbunuh dalam serangan Perancis-Milan di Afrika Barat, pusat negara tanpa undang-undang, semalam.

Menurut tentera Mali, kira-kira 20 orang telah ditangkap dan beberapa motosikal serta peralatan perang disita semasa operasi bersama pasukan Barkhane Perancis.

“Serangan ini bertujuan untuk menghapuskan pemberontak di wilayah Sahel,” katanya.

Sebelum pemberontakan merebak ke bahagian pusat, Burkina Faso dan Niger, Mali telah berperang di utara negara itu pada 2012.

Peperangan berlaku disebabkan persaingan antara etnik.

Perancis yang juga bekas pentadbir jajahan Mali, pertama kali campur tangan di negara itu pada 2013 untuk membantu membawa pulang pemberontak yang sedang menuju ke Bamako.

Sebanyak 5,100 tentera yang telah dikerahkan di wilayah Sahel, Afrika, yang mana ia merupakan sebahagian daripada operasi Barkhane.

Bulan ini, tentera Perancis mengesahkan mereka telah membunuh 15 pemberontak yang dikaitkan dengan al-Qaeda berhampiran sempadan Mali dengan Burkina Faso. -MalaysiaGazette