Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Johor merupakan negeri tertinggi yang mempunyai kes positif Covid-19 harian baharu dengan sebanyak 1,069 dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata. ia diikuti Selangor sebanyak 822 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 698 kes.

Sebanyak 64 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (33 kes), Kluster Tembok Renggam (16 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster DTI Sepang (2 kes), Kluster Tembok Bukit Besi
(2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes) dan Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Noor Hisham, kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes dari Selangor, dua kes dari Perak dan masing-masing satu kes dari Sarawak dan Sabah yang kesemua kes kematian itu melibatkan warganegara. – MalaysiaGazette