Mohd Fazli Zikiri

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Beluran, Mohd Fazli Zikiri yang meninggal dunia lebih kurang pukul 2.24 petang tadi.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu status di Facebooknya memaklumkan, allahyarham sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut beliau.

“Mewakili keluarga besar Pemuda UMNO Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga arwah.

“Kami menjadi saksi arwah seorang pemimpin muda yang baik dan berakhlak tinggi. Moga syurga tempat kamu hidup tenang di sana wahai sahabatku,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham menerusi media sosialnya hari ini.- MalaysiaGazette