Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat Covid-19 mencatatkan rekod jumlah paling tinggi hari ini iaitu sebanyak 314 orang.

Jumlah itu termasuk 122 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan, demikian menurut data harian kes Covid-19 terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Dalam pada itu, jumlah kes baharu Covid-19 tetap melebihi paras 3,000 dengan hari ini bilangannya sebanyak 3,680 kes dengan 3,674 merupakan kes penularan tempatan manakala enam lagi kes import.

Kes sembuh pula mencatatkan jumlah 1,858 namun, terdapat tujuh lagi kematian akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif yang meninggal dunia akibat wabak itu sebanyak 707 kes. – MalaysiaGazette