Polis mengesan aktiviti pengedaran dadah yang kembali aktif 'memperalatkan' penunggang khidmat penghantar makanan bagi menghantar bahan terlarang kepada pelanggan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) ketika ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis mengesan aktiviti pengedaran dadah yang kembali aktif ‘memperalatkan’ penunggang khidmat penghantar makanan bagi menghantar bahan terlarang kepada pelanggan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) ketika ini.

Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman kini mengambil tindakan proaktif dengan menempatkan anggotanya di sekatan jalan raya ketika pelaksanaan PKP mengesan mana-mana penghantar makanan yang terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

JSJN dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berbuat demikian selepas mendapati khidmat penghantar makanan sekali lagi digunakan oleh sindiket tertentu bagi mengaburi mata pihak berkuasa untuk menghantar bekalan kepada ‘pelanggan’ mereka semasa pelaksanaan PKP.

“Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat tentang pengedaran dadah, sila hantarkan whatsapp ke HOTLINE JSJN di talian 012-2087222 (beroperasi 24 jam). Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” kata JSJN.

Sebelum ini, polis mendedahkan, kebanyakan kes dadah dihantar pekerja penghantar disorok dalam bungkusan barangan lain, termasuk bungkusan makanan dan kotak permainan kanak-kanak. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.