Erling Haaland.

LONDON – Pengurus baharu Chelsea, Thomas Tuchel dilaporkan mahu menjadikan pemain bekas kelabnya, Erling Haaland sebagai pembelian pertamanya.

Selain daripada itu Tuchel juga berminat mendapatkan David Alaba yang akan pergi secara percuma meninggalkan Bayern Munich.

Namun Chelsea dijangka berdepan dengan persaingan sengit kerana Real Madrid antara kelab yang turut berminat mendapatkan Haaland dan Alaba.

Ketika Dortmund sama seperti beberapa kelab lain berdepan dengan krisis kewangan yang teruk sejak pandemik Covid-19 dan mempertimbangkan untuk menjual beberapa bintang besar mereka.

Laporan sebelum ini menyebut, Dortmund malah sedia menjual pemain sayap, Jadon Sancho dengan harga jauh lebih rendah daripada yang mereka tetapkan sebelum ini iaitu sekitar €108 juta

Haaland antara aset bernilai tinggi milik Dortmund yang mungkin terpaksa dilepaskan jika kedudukan kewangan mereka terus teruk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast