Dr Mohd Jailani Mohd Nor Jailani

MANTAN Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Professor Datuk Ir Dr Mohd Jailani Mohd Nor Jailani  berkongsi 5 langkah mudah untuk diamalkan orang ramai bagi menangani tekanan sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

Beliau berkata, langkah pertama adalah perlu banyak berdoa dan langkah ini terbukti berkesan berdasarkan pengalaman sebenar yang telah dilalui sebelum ini ketika terkandas di Lapangan Terbang Attarturk, Istanbul, Turki.

Ketika itu beliau berdepan situasi genting susulan peristiwa cubaan rampasan kuasa negara itu pada tahun 2016 yang lalu.

Jelasnya, beliau berserah pada Allah dan memperbanyakkan berdoa dan alhamdulillah saya dan beberapa rakan yang lain semuanya selamat pulang ke Malaysia.

Ujar beliau, langkah kedua pula adalah kaedah menarik nafas secara dalam dan perlahan mengikut hidung kemudiannya lepas nafas menerusi mulut dilakukan secara ulangan sebanyak sekurang-kurangnya tiga kali.

"Langkah ketiga adalah melakukan kaedah pernafasan bersama wayang minda yang mana kita menarik nafas sambil membanyangkan udara bersih yang disedut manakala sewaktu melepaskan nafas pula kita bayangkan segenap aura dan
pemikiran negatif keluar dari tubuh badan kita.

"Langkah keempat pula diikuti dengan amalan inkantasi (mantera minda), yang mana kita ucapkan kepada diri kita ungkapan yang positif dan memberi semangat.

Sebagai contoh katakan: "Semua ini hanya sementara.”

Ianya datang dan suatu hari nanti ia akan lenyap selepas ini, ujarnya sewaktu dalam ceramah secara atas talian baru-baru ini.
Mengulas lanjut beliau mengupas langkah kelima adalah dikenali sebagai 'kepekaan diri' yang mana praktiknya adalah dengan kaedah kita memerhati dalam diri kita sendiri sambil memerhati apa yang sedang kita rasa tanpa menghakimi atau
menilainya.

Hanya perhati sahaja apa yang anda sedang rasa.

Ujarnya, sewaktu praktik langkah kelima ini kita hanya perhati dan rasai sahaja apa yang kita rasa namun jangan sesekali kita hakimi diri kita, justeru dengan itu biasanya separuh dari kesan permasalahan akan mulai hilang. – MalaysiaGazette