Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kerajaan jangan salahkan rakyat berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Sebaliknya, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan mengapa kes penularan Covid-19 tidak turun sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan.

Katanya, bulan Februari ini adalah bulan yang penting kerana kerajaan sudah berjanji untuk melaksanakan vaksinasi pada akhir bulan ini.

”Mengapa tak turun walau ada pelaksanaan #PKP & #Darurat oleh kerajaan PN? Jangan salahkan rakyat! Segerakan #vaksin!,” ujar beliau,

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu, rakyat Malaysia masih menunggu dengan penuh sabar walaupun banyak negara sudah memulakan vaksinasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.