Tendi Mengi.

LONDON – Bintang muda Manchester United, Teden Mengi dipinjamkan ke kelab Derby County di bawah pengurus yang juga bekas pemain kelab itu, Wayne Rooney untuk kontrak sehingga akhir musim ini.

Mengi berkata, dia sangat teruja dan gembira berada di kelab itu kerana ingin lebih kerap bermain.

“Ketika saya mendengar bahawa Derby County menyatakan minat, jelas saya tidak sabar untuk bermain di Liga Kejuaraan menentang lawan yang hebat dan bermain bola sepak (lebih kerap). Saya sangat gembira dapat berada di sini,” katanya kepada laman web United.

Sebelum ini, Rooney telah mengadakan perbicangan dengan United untuk mendapatkan khidmat secara pinjaman pertahanan tengah muda bertaraf bintang itu.
Legenda United itu dikatakan begitu bersemangat untuk membina semula pasukan Derby walaupun pasukan itu sedang menghadapi krisis kewangan ketika ini.

Mengi telah telah mewakili pasukan England Bawah 18 tahun dan menampilkan aksi yang luas biasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast