Tun Dr Mahathir Mohamad Najib Razak stay of execution SRC International guilty appeal
Tun Dr Mahathir Mohamad

PELANCARAN buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas beberapa hari  yang lepas telah mendedahkan setakat mana kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengetuai kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga awal tahun lepas. Secara ringkasnya, Tommy Thomas telah mengemukakan beberapa dakwaan yang menunjukkan ketidakcekapan Dr Mahathir dalam mengurus pentadbiran negara dan boleh dikatakan memberi justifikasi kepada dakwaan oleh pelbagai pihak dari dua belah jurang politik bahawa beliau merupai punca kemelut politik yang dihadapi negara kita sekarang.

Dalam bukunya, Tommy telah mendakwa bahawa Dr Mahathir telah mengarahkannya untuk meletak jawatan selepas  sehari dilantik sebagai Peguam Negara. Puncanya Dr Mahathir berasa bimbang atas ketidakpuasan masyarakat Melayu dengan pelantikannya. Namun begitu, Dr Mahathir telah menukar fikirannya selepas Pas menyuarakan sokongan untuk Tommy. Ini menunjukkan bahawa Dr Mahathir tidak memberi kepercayaan dalam kebolehan orang lain untuk melaksanakan tugas mereka.

Kita boleh lihat bahawa ini menjadi templat untuk ketidaktentuan dalam membuat keputusan ataupun ‘flip-flop’ Tun Dr Mahathir dalam pelbagai perkara semasa pemerintahan kerajaan PH. Kita boleh ambil insiden Statut Rom yang asalnya diiktiraf namun ditarik balik pada minit terakhir kerana dianggap bercanggah dengan kedaulatan raja-raja. Persoalannya, mengapa ia tidak dikaji dengan teliti sebelum keluarnya sebarang keputusan?
Tommy juga telah menyentuh mengenai kemelut politik yang berlaku sejurus sahaja ‘Langkah Sheraton’ dilaksanakan.

Katanya, Dr Mahathir sebenarnya tidak perlu membubarkan Kabinet. Biasanya mengikut Perlembagaan, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
sepatutnya menjadi Perdana Menteri Interim. Ini kerana Dr Mahathir telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri secara peribadi dan bukan sebagai keseluruhan.

Mahathir Seorang Perdana Menteri Yang Penuh Kegagalan

Jelasnya Raja-Raja Melayu prihatin dan berwaspada dengan kelicikan Tun Dr Mahathir. Yang di-Pertuan Agong pada malam 9 Mei 2018 telah mencadang supaya Dr Wan Azizah dijadikan Perdana Menteri. Namun begitu, atas sebab-sebab yang masih kurang pasti, Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri. Sekali lagi pada 23 Februari tahun lepas, Dr Mahathir telah meletak jawatan dan Yang di-Pertuan Agong telah pun berkenan melantik Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim, tetapi Dr Mahathir dengan hati tamaknya sekali lagi mencadang
nama dirinya seperti yang didakwa dalam buku Tommy.

Hanya beberapa hari dahulu Dr Mahathir menyatakan bahawa wanita mampu menyandang jawatan Perdana Menteri tetapi dialah yang merampas peluang itu daripada Dr Wan Azizah bukan satu kali, malah dua kali! Dengan pendedahan ini oleh seorang peguam pakar perlembagaan, bukankah kita boleh lihat percaturan Dr Mahathir? Sudah jelasnya Dr Mahathir tidak berminat untuk memulangkan ‘rule of law’ ataupun demokrasi sedangkan beliau secara sulitnya telah memastikan agenda-agenda reformasi Pakatan Harapan akan gagal?

Mahathir Seorang Perdana Menteri Yang Penuh Kegagalan

Kegagalan PH dalam melaksanakan manifesto yang dijanjikan boleh dikaitkan secara langsung dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa “manifesto bukan kitab suci”. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat hilang kepercayaan dalam PH. Memang tidak masuk akal untuk seorang pemimpin yang ‘tersohor’ untuk
menumbangkan kerajaan yang diketuainya. Tengoklah betapa tamak dan zalim Dr Mahathir. Sementara rakyat sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi, Dr Mahathir telah sibuk berpolitik untuk memperkayakan diri sendiri, keluarga
dan kroni-kroninya.

Bilakah Dr Mahathir akan puas hati? Ketamakannya telah menyebabkan kemelut politik ini berlanjutan dan kesan negatif terhadap ekonomi dan rakyat negara kita diburukkan lagi dengan wabak Covid-19. Diidamkan Visi 2020, namun kita kini berada dalam kedudukan yang lebih teruk daripada dahulu. Siapakah yang dalang di sebaliknya? Jawapannya Dr Mahathir.
Jadi kepada Dr Mahathir, cukuplah.

Cukuplah kononnya berjuang untuk orang Melayu, cukuplah kononnya berjuang untuk demokrasi dan “rule of law”.
Sememangnya tiada apa yang dicapai walaupun disuap janji-janji besar dan kata-kata manis untuk menarik hati rakyat. Cukup berwayang dan undurlah Dr Mahathir.

Mohd Rizuan Zakaria, pembaca MalaysiaGazette