LONDON – Joe Matip kini merupakan pemain ketiga Liverpool yang mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi sehingga akhir musim ini.
Matip telah bertemu dengan pakar perubatan kelab pada Isnin sebelum dikesan kecederaan serius pada ligamen pergelangan kakinya.
Kecederaan itu berlaku semasa perlawanan menentang Tottenham Hotspur ketika diterjah oleh Son Heung-min Khamis lalu.
Pengurusnya Jurgen Klopp dalam kenyataannya berkata agak mengejutkan apabila Matip disahkan tidak akan beraksi sepanjang musim ini akibat kecederaan serius di pergelangan kakinya.
“Namun dia akan kembali untuk latihan pra musim 2021/22.
“Kami menerima hakikat ini dengan pemain ketiga akan berehat dari skuad utama. Ini satu cabaran getir untuk meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL), saya percaya semangat juang tinggi pada anak buah saya masih kebal,” katanya.-MalaysiaGazette















