Ozan Kabak. foto agensi

LONDON – Liverpool memuktamadkan pinjaman pemain Schalke, Ozan Kabak selama enam bulan.

Kabak akan bersama the Reds secara pinjaman sehingga akhir musim pada harga £1 juta (RM5.53 juta) dengan pilihan pembelian pada harga £18 juta (RM99.53 juta).

Pemain berusia 20 tahun itu beraksi selama dua tahun di Bundesliga dengan Stuttgart yang menjadi kelab pertamanya di Jerman sebelum berhijrah ke Schalke pada Julai 2019.

Pemain yang membuat tujuh penampilan dengan pasukan kebangsaan Turki itu pernah beraksi dalam Liga Juara-Juara ketika bersama Galatasaray.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, pemain muda itu mempunyai bakat besar. namun malang buatnya kerana bermain dengan Schalke yang menghuni tangga tercorot Bundesliga.

“Bagi saya, ini adalah saat terbaik untuk maju ke hadapan, kerana setiap pasukan memerlukan pemain terbaik,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast