Takumi Minamino.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Liverpool, Takumi Minamino yang jarang diturunkan menyertai Southampton secara pinjaman sehingga akhir musim ini.

Pemain serba boleh yang boleh bermain di posisi sayap atau penyerang ditandatangani Liverpool dari kelab Austria RB Salzburg setahun lalu.

“Dia menepati apa yang kami cari dan akan memberi pilihan di bahagian serangan.

“Ini akan menambah pilihan buat skuad kami pada masa yang kritikal ini dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya,” kata pengendali Southampton, Ralph Hasenhuttl.

Minamino, 26, adalah pemain Jepun kedua tiba di Southampton selepas pemain pertahanan Maya Yoshida yang berpindah ke Sampdoria musim ini.

Dia meledak 12 gol dalam 26 penampilan untuk negaranya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast