KUALA LUMPUR – Pelakon veteran tersohor, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia pagi ini.

Beliau meninggal dunia pada usia 78 tahun apabila dilaporkan tidak sedarkan diri pagi ini

Sehingga kini maklumat yang diterima, Allahyarham mungkin dikebumkan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Indah, Klang.

Menerusi Facebook cucu Jamali itu iaitu Isyraq Ariff memuat naik gambarnya bersama datuk beliau dengan ucapan ‘Selamat Tinggal Atan’.

Sebelum ini Jamali yang popular dengan watak Atan dikatakan mengalami masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast