Sempena pelantikannya sebagai duta Seri Lady, Intan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

KUALA LUMPUR- Menjelang hari bahagianya esok, pelakon Intan Ladyana, 38, akui berdebar untuk disatukan dengan kekasih hatinya, pelakon muda Harris Alif, 21.

Menurut Intan, majlis pernikahan mereka bakal berlangsung di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Kuala Lumpur dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cuma dalam keadaan sekarang dengan kes Covid-19 makin meningkat setiap hari agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.

“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar,” katanya.

Intan Ladyana dan Harris Alif.

Terdahulu, pasangan itu berkata mereka menerima tajaan sebanyak RM13.5 juta daripada Ceres Jewel.

Harris dan keluarganya datang merisik pada Julai tahun lalu selepas setahun mereka menjalinkan hubungan cinta.

Semalam, Intan tampil menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Intan nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya berkata, inisiatif itu dilakukan bagi menzahirkan rasa syukur di atas pelantikannya sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast