Liverpool tewas 0-1 kepada Brighton awal pagi tadi.

LONDON – Liverpool terus tenggelam di Anfield sekali lagi selepas  tewas di tangan pasukan bawahan liga, Brighton di tempat sendiri awal pagi tadi.

Anak buah Jurgen Klopp sebelum itu turun dalam misi merapatkan jurang mata dengan Manchester United dan Manchester City.

Namun aura Liverpool musim lalu semakin hilang pada musim ini.

Malah tuan rumah bergelut sepanjang perlawanan untuk memecahkan pertahanan lawan.

Sebaliknya pasukan pelawat mencipta lebih banyak percubaan tepat pada separuh masa pertama.

Selepas separuh masa pertama yang hambar, Liverpool tersentak dengan gol oleh Brighton pada minit ke-56 yang berpunca daripada suasana pergelutan di hadapan gol.

Brighton bertahan secara berpasukan bagi tidak memberi ruang untuk Liverpool untuk memecah masuk kawasan mereka.

Tamat peralawanan, Brighton berjaya mencipt sejarah apabila menang pertama kali di Anfield sejak 1982.

Lebih penting ianya kemenangan kedua Brighton ke atas pasukan enam terbaik dalam usaha mereka menaiki carta liga dan menjauhkan diri daripada zon penyingkiran.

Malah ini merupakan pertama kali Liverpool kalah dua perlawanan berturut turut di Anfield sejak 2012.

Ini kali pertama Liverpool gagal menjaringkan dalam tiga perlawanan terakhir di Anfield sejak 1984.

Kekalahan ini membuatkan prospek untuk mempertahankan kejuaraan liga oleh Liverpool kembali sukar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast