Anggota keselamatan memeriksa lokasi serangan bom di Kabul, Afghanistan, semalam. foto agensi

KUNDUZ – Sekurang-kurangnya 26 orang awam termasuk 16 pemberontak prokerajaan dan 10 anggota Taliban terbunuh dalam pertempuran di daerah Khanabad, wilayah Kunduz utara Afghanistan pada Jumaat lalu, kata wakil ketua daerah Qutratullah Safi.

“Dalam pertempuran itu, 16 pemberontak termasuk komandan Abdul Hakim dan 10 anggota Taliban terbunuh dan sembilan yang lain termasuk lima pemberontak cedera,” kata Safi kepada Agensi Berita China Xinhua.

Menurut penduduk kampung, ratusan anggota Taliban melancarkan serangan besar-besaran terhadap pemberontak prokerajaan di daerah Tepa Akhtar di daerah Khanabad pada awal pagi sehingga mencetuskan pertempuran yang sengit selama tiga jam.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Majlis Wilayah Kunduz, Mohammad Yusuf.

Sementara itu, serangan paling dahsyat telah berlaku di wilayah Nangarhar, di mana Humvee yang sarat dengan bahan letupan menyasarkan pangkalan tentera Pasukan Ketenteraman Awam Nasional Afghanistan di daerah Gandumak, Shirzad.

Menurut satu laporan tempatan, pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan ke atas orang awam, tetapi mereka menafikannya.

Pasukan keselamatan berkata, terdapat salah seorang penunjuk perasaan yang berjaya mengambil senjata api daripada pasukan mereka serta melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan.

Namun, pihak Taliban masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. -MalaysiaGazette