Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) berpendirian tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya walaupun selepas Covid-19 reda.

Sebaliknya, parti itu menggesa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengembalikan mandat rakyat pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menyelesaikan polemik politik dalam negara.

“Majlis Presiden PH turut mempertikaikan kenyataan Muhyiddin yang sering membangkitkan isu pilihan raya. Amat jelas rakyat Malaysia tidak inginkan pilihan raya pada waktu ini tetapi kestabilan politik untuk menyelesai isu pandemik dan ekonomi.

“Maka PH kekal dengan pendirian bahawa pilihan raya tidak diperlukan memandangkan mandat yang diberikan rakyat pada PRU-14 adalah sah sehingga 2023.

“Yang diperlukan adalah pengembalian mandat tersebut kepada pihak yang sepatutnya pada kadar segera,” kata kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini.

Pendirian parti itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Presiden PH semalam.

Baru-baru ini, Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 dalam negara reda.

Dalam pada itu, PH mendakwa tidak menerima maklum balas daripada kerajaan berkenaan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang telah ditubuhkan pada Januari yang lalu.

“Senarai nama telah diberi kepada pihak kerajaan pada 21 Januari lalu, iaitu lebih dua minggu yang lalu. Namun sehingga hari ini kami belum menerima sebarang maklum balas berkenaan pengaktifan jawatankuasa tersebut.

“Ini amat mendukacitakan kerana kami diberi gambaran bahawa jawatankuasa ini penting untuk meneliti keadaan semasa bagi membuat pengesuoran berkaitan penamatan darurat,” tambah kenyataan yang sama.

Untuk rekod Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, PH telah mengemukakan tiga nama kepada kerajaan untuk menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendali perintah darurat yang sedang dilaksanakan.

Dalam pada itu Majlis Presiden PH malam tadi turut membincangkan mengenai indeks persepsi rasuah negara yang menurun, potensi kehilangan pekerjaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan serta pengurangan pelaburan langsung asing.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Kah kah kah kah….. Puak Hancing sedaq kalau ada pilihanraya depa akan hanyut.. Sbb tu depa tk mau adakan pilihanraya.
    Rakyat tentu tkkan lupa masa depa jadi kerajaan, rakyat disuruh ikat perut, jgn harap bantuan dari kerajaan.. Syukur la ketika mula pandemik covid19 ni kerajaan PH pun mampuih. Kalau kerajaan Puak Haprak masih berkuasa ketika ini lagi lingkop rakyat dan negara.

Comments are closed.