Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R0) menurun pada 0.92 daripada 0.94 semalam selepas berada atas 1.0 untuk seluruh negara sepanjang minggu lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R0) menurun pada 0.92 daripada 0.94 semalam selepas berada atas 1.0 untuk seluruh negara sepanjang minggu lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, jika nilai R0 adalah 1, ia bermaksud setiap 10 orang yang dijangkiti virus itu berpotensi menyebarkannya kepada 10 orang lain.

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 R0/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 7 Feb 2021 untuk seluruh negara turun lagi kepada 0.92,” kata KKM menerusi Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, KKM menyasarkan untuk mencapai R0 di bawah 0.6.

Berdasarkan maklumat mengikut negeri, Melaka melaporkan kadar tertinggi R0 iaitu 1.17.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan R0 atas 1.00 adalah Selangor (1.10), Kuala Lumpur (1.03), Johor (1.09), Melaka (1.17), dan Pulau Pinang (1.07). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast