Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi
KUALA LUMPUR – Rakyat perlu penjelasan berhubung kenyataan Menteri Kesihatan yang telah mengeluarkan perintah melonggarkan peraturan kuarantin kepada menteri Kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.
Perintah tersebut mengurangkan tempoh kuarantin selama 10 hari yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kepada tiga hari sahaja.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan adakah arahan baharu oleh Datuk Seri Dr Adham Baba yang dikeluarkan melalui Warta Persekutuan itu over rule arahan KKM di bawah Akta 342.
”Kalau tidak mahu dikuarantin, apa perlunya keluar negara. Kalau setakat mahu bincang laluan hijau, elok guna sidang maya sahaja.
”PKP sudah jadi antara dua darjat?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Perintah yang dikeluarkan oleh Adham itu adalah “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” diterbitkan pada Warta Persekutuan dan berkuatkuasa hari ini.
Perintah itu menyatakan: “Menteri mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Seksyen 15 akta ini memperuntukkan: “Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.” – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.