Krisis kecederaan pemain menjejaskan prestasi pasukan the Kops sehingga keciciran mata dalam Liga Perdana Inggeris kali ini.

LONDON – Liverpool yang kini seolah hilang semangat selepas kekalahan demi kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali menaruh keyakinan untuk menang selepas ini.

Juara bertahan itu akan bertandang ke Stadium King Power dalam aksi EPL pada Sabtu.

Pengurusnya, Jurgen Klopp tidak terpedaya dengan suara negatif yang menyelubungi kemerosotan pasukan.

Namun katanya, dia sangat mengambil berat untuk mengembalikan prestasi cemerlang anak buahnya.

The Kops yang kini menduduki tempat keempat dalam carta liga mengejar Manchester City dengan beza 10 mata.

Mereka telah kalah dua perlawanan sebelum ini di Anfield tetapi yakin dapat memintas the Foxes sekiranya mampu menewaskan mereka hari ini.

“Kita ada baki 15 perlawanan yang perlu diharungi musim ini. Ini bukan soal kedudukan pasukan lain tetapi prestasi dan kedudukan semasa the Kops dalam liga.

“Kami harap kembali menemui rentak kemenangan selepas ini,” kata Klopp.

Walaupun menjulang gelaran EPL musim lalu dengan perbezaan 18 mata, purata mata yang dikumpul pasukan itu dalam setiap perlawanan merosot agak banyak berbanding pasukan lain sejak Jun tahun lalu.

Krisis kecederaan pemain agak teruk yang melanda pasukan itu membabitkan Virgil van Dijk, Joe Gomez and Joel Matip menolak kelab itu dalam dilema kali ini.

Penyerang Portugal, Diogo Jota yang menjaringkan sembilan gol dalam 17 perlawanan bersama the Reds setelah berhijrah dari Wolves November lalu tidak beraksi sejak 9 Disember 2020 akibat kecederaan.-MalaysiaGazette