Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
PDRM

KUALA LUMPUR – Seramai 11 pegawai dan anggota polis bakal berdepan tindakan tatatertib yang tegas dalam siasatan kes kejadian remaja perempuan dirogol dalam lokap di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak.

Malah seorang tahanan yang telah melakukan perbuatan terkutuk itu telah dituduh di mahkamah, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Komisioner, Datuk Zamri Yahya hari ini.

Dalam kejadian 9 Januari lalu sekitar jam 5.30 pagi, remaja berusia 16 tahun itu dilaporkan dirogol seorang tahanan lelaki dalam lokap balai tersebut.

“Susulan kejadian itu, dua laporan polis telah diterima yang mana laporan pertama oleh seorang anggota polis melibatkan kejadian rogol disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Manakala laporan kedua dibuat oleh mangsa iaitu kanak-kanak itu sendiri yang mendakwa berlaku kecuaian anggota polis juga telah disiasat di bawah Seksyen 166 Kanun Keseksaan dan Seksyen 221 akta yang sama.

“Kedua-dua kertas siasatan yang dibuka dan dilengkapkan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapat arahan pertuduh,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, suspek seorang lelaki berusia 19 tahun telah dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada 12 Januari lalu.

Tambah beliau, bagi laporan kedua pula, kedua-dua anggota polis yang bertugas menjaga lokap pada masa kejadian itu telah ditahan kerja bermula 14 Januari lalu.

“Mereka kemudian dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 9 Februari lalu.

“JIPS juga telah menjalankan siasatan tatatertib bagi menyiasat kecuaian dan salah laku dalam kejadian tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Zamri berkata, seramai 11 orang terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis yang juga didapati gagal serta cuai menjalankan tugas turut dikenakan tindakan iaitu diturunkan pangkat atau dibuang kerja.

Dalam pada itu tegas beliau, JIPS turut memandang serius beberapa kejadian gangguan seksual melibatkan petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) yang tular baru-baru ini.

Katanya tindakan tegas dari sudut jenayah dan tatatertib akan diambil ke atas semua yang terlibat sekiranya didapati bersalah.

“Kesemua mereka yang terlibat telah dikeluarkan daripada menjalankan tugas di SJR sehingga siasatan selesai dijalankan,” tegasnya.-MalaysiaGazette