Ratu tenis AS, Serena Williams.

MELBOURNE – Ratu tenis dunia, Serena Williams tidak obses dalam menyamai rekod gelaran Grand Slam ke-24 dalam kariernya.

Namun atlet kelahiran Amerika Syarikat itu masih dahagakan kemenangan, kata jurlatihnya, Patrick Mouratoglou.

Bintang tenis berusia 39 tahun itu kini memegang 23 gelaran Grand Slam dalam kariernya dan hanya ketinggalan satu lagi gelaran untuk menyamai rekod yang dipegang legenda, Margaret Court.

Williams akan bertemu pemain nombor dua dunia, Simona Halep dalam suku akhir Terbuka Australia hari ini dalam aksi di Melbourne Park.

Gelaran terakhir Williams hadir di Melbourne Park semasa sarat mengandung pada tahun 2017.

“Dia tidak memerlukan validasi dalam mengejar gelaran tenis. Dia kembali semula ke gelanggang untuk menjulang gelaran Grand Slam, itulah misinya setakat ini,” ujar Mouratoglou.-MalaysiaGazette