Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin beramah mesra dengan pesara polis pada Majlis Hari Bersama Persara Polis, Bekas Polis dan Petugas Kontinjen KLdi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Polis akan membuka kertas siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung laporan membabitkan kes seorang kanak-kanak yang didakwa diderai dan dijadikan buruh paksa di kandang haiwan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara serius kerana ia melibatkan soal keselamatan dan penganiayaan ke atas seorang kanak-kanak.

“Kalau dah ada report polis akan buka kertas siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ini kes membabitkan penderaan ke atas seorang kanak-kanak, kita ambil serius dan akan siasat secara mendalam di bawah akta yang diperuntukkan,” katanya dalam sidang media Hari Bersama Pesara Bekas dan Petugas Polis di sini hari ini.

BACA: Polis sahkan laporan, siasat kes dera kanak-kanak jadi buruh paksa

Beliau mengulas isu penderaan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang didakwa dilakukan oleh bapa dan ibu tirinya selain menjadi buruh paksa di kandang haiwan baru-baru ini.

Menurut Saiful Azly, kes melibatkan penderaan kanak-kanak merupakan satu kesalahan jenayah yang serius.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kanak-kanak didera selepas kematian ibu, jadi buruh paksa di kandang haiwan